Sunday, April 4, 2010

:: En.Leman Pergi Memandu ::

Hai... bertemu kembali kite di arena ini.. *mule ar melalut x tentu pasal* gare² lame gile x update story mory kat sini.. Hari ni, cik moon nk share 1 cite kt korang smer.. rugik x tonton neh..nanti cik moon da dpt cd dr tuan tanah akan ku sebarkan pade smua... layan sinopsis ini dulu ye... (^.^)
Drama ni bertajuk "En.Leman Pergi Memandu" berkonsep komedi yg dilakonkan oleh pelakon yg aku tak kenali kecuali kartina Aziz sbgi Isteri En.Leman iaitu Leha dan Noniswara klu x silap akulah berlakon sebagai Gadis Tol. Drama produksi sekitar thn 1996 ( aku agak le pasal pada roadtax yg ada kat keta yg En Leman pandu tertera 1996).
Citernyer mengisahkan En Leman yg yg disuruh oleh isterinya leha utk menukar kereta, sbb keta yg dipakai sekarang sudah terlalu uzur. Suatu hari, sebelum masuk pejabat..En Leman pun singgah le kat sebuah kedai kereta utk melihat2 kereta..dan disitu dia berjumpa dgn En.Hormat Bin Sikit yg merupakan seorg jurujual kereta. En.Hormat yg peramah ni pun memulakan peranannya sbgi 'salesman' terhadap En.Leman yg agak cerewet orgnya...maka berlaku la dialog2 yg kelakar dan sinis disepanjang proses 'menjual' ni ( membuatkn aku mengilai ditgh2 malam buta nih..hahaha)dan akhirnya En. Hormat berjaya mencadangkan sebuah kereta kpd En.Leman.
Dipendekkan cerita, En.Hormat pun menemankan En.Leman utk memandu uji kereta yg dicdgkan td.Di sepanjang perjalanan pemanduan uji kereta oleh En.leman yg ditemani oleh En.Hormat ini, berlaku adegan2 menarik yg nk di 'terang tinggi' kan seperti dibawah:
En.Hormat telah menegur beberapa kesalahan yg dilakukan oleh En.Leman ketika beliau memandu :
1) Memandu melebihi had laju
(En Leman telah disaman sebyk 2 kali akibat kedegilannya membawa kereta melebihi had laju)
2) Memotong tanpa memberi signal
3) Tidak memberi laluan kepada kereta yg ingin keluar simpang wlupun mampu berbuat demikian (tdk bertimbang rasa)
4) Tidak menggunakan cermin pandang belakang semasa memotong
(memotong dgn berbahaya)
5) Suka memaki hamun semasa memandu( mcm dia sorg je betui)
6) Menggunakan telefon bimbit semasa memandu ( telefon bimbit yg besar botol air tu, kihkih)
7) Suka membunyikan 'hong' x tentu pasal utk menunjukkn rasa x puas hati
8) Memotong secara tiba2 didepan tol dgn berbahaya.
9) Mengacau gadis tol (En.leman 'mengayat' gadis tol menyebabkan kereta dibelakang trpaksa menunggu)
10) Memandu kereta mcm samseng ( menakut2kan pemandu lain dgn mem'press' minyak, berlumba2 ketika memandu dan berlagak memukul pemandu lain dgn besi lock stereng)
Ada beberapa lg kesalahan yg dilakukan olh En.Leman ketika memandu, tp dsbbkan cik moon ni x brapa nk ingat dah *padahal br je mlm tadi tgk*...10 ni pun jadilah..
Dan setiap kali En.Leman melakukan kesalahan, En.Hormat akan menegurnya dgn memberikan akibat dan musibat terhadap perlakuan En.Leman itu samaada terhadap dirinya atau pun org lain.(akibat dan musibat td akan digambarkan oleh En.Leman mllui lakonan semula beliau), part ni la yg mmbuatkan aku ketawa berdekah2..td mengilai eh....erkk
Berikut adalah ant adegen2 yg membuatkan aku senak perut..:
Adegan dimana disepanjang perbualan ant mereka berdua (En.Leman n En.Hormat), jika En.Leman suka/bersetuju dgn pendapat En.Hormat..dia akan cakap " I Sukaa U la"
Adegan disebuah kedai mkn, dimana En.Leman asyik hendak mengurat seorg awek, setiap kali waiter tu dtg amik order,waiter tu akan ckp"no problem siap.."( waiter ni dtg bebrapa kali sbb makanan yg dipesan olh En.Leman x ada,so setiap kali selesai amik order dia akan ckp "no problem siap.") Awek yg sedang diayat olh En.leman tu rupanya dh ada balak.. dsbbkan bengang EnLeman membatalkan ordernya yg telah sekian kali td..dan waiter td akan ckp " no problem siap..."
Ada satu adegan dimana En. Hormat tergesa2 hendak 'buang air', sampai je depan toilet-dia berselisih ngn org2 yg memakai topi koboi...rupanya kt dpn toilet tertera logo lelaki memakai pakai topi koboi...pastu dia bergegas ke tanda lain...dan berselisih pula dgn org yg menghisap 'paip', dan tertera dpn toilet tu logo lelaki hisap paip...last skali...br la E.Hormat dpt masuk setelah berjumpa dgn toilet yg tertera logo lelaki berjanggut. (E.Hormat seorg yg berjanggut)
Ketika adegan EnLeman berangan memarahi bosnya,nama yg tertera pd pintu bilik boss dia ialah "En. Sia Pa Boss "
Secara keseluruhan,drama ni telah membuatkan aku ' kagum' kerana digarap dgn jayanya oleh pengarah dgn gaya penceritaan yg kreative dan menarik, ditambah dgn skrip yg padat, sinis dan kelakar serta lakonan pelakon yg bersahaja.So aku bg 5/5...heheh
Last part citer ni , ada sorang lelaki dgn muka yg di'sensored'kan,dan tertera nama kt bwh skrin "Abg Man" memberikan pendapat/kesimpulan kepada drama td iaitu "Kita org Malaysia terkenal dgn sifat sopan-santun dan berbudi bahasa didalam pergaulan".Alangkah baiknya jika sifat ini juga dipraktik kan bila kita berada dijalan raya-ketika memandu".Abis je mamat ni ckp. keluar kan skrin satu tagline iaitu:
" Bersopan-santunlah Di Jalan raya "
p/s: credits to Tuan Mohd Nasrulhadi Bin Tuan Harun sebab bg ah-kak tgk cite ni ;p

No comments: